2 Dimensi

Profesor Graham senyum sinis. Dari sudut matanya, dia dapat melihat dengan jelas Natasha, anak muridnya yang berasal dari Slovenia duduk di bangku berhampiran air pancut di perkarangan Universiti Oxford, menatap kitab suci agamanya. Profesor Graham tahu anak muridnya yang paling bijak itu beragama Islam. ‘Islam’, dengus hatinya perlahan sambil tertawa kecil dengan nada mengejek. Dia tidak faham mengapa manusia perlu menyusahkan diri menganut agama. Satu perbuatan yang sia-sia. Cukuplah dengan pengalaman pahit hidupnya yang pernah menganut agama Kristian Katolik dan menyembah ‘Jesus Christ’ secara membabi buta. Cukuplah dengan pengalaman dirinya yang berulang-alik ke gereja di kampung halamannya, di ceruk bandar Arbroath, Scotland kira-kira tiga empat dekad yang lalu. Cukuplah semua itu. Profesor Graham tidak dapat menahan lagi rasa bosan, kecewa dan marah dalam jiwanya. Sia-sia sahaja semua yang aku lakukan, detik hatinya. Bukan sekadar aku memperbodohkan diri, malah di mana Tuhanku ketika aku memanggilnya? Di mana?


Profesor Graham mendengus lagi. Kenangan lalu masih terlalu segar dalam ingatannya. Dulu, ketika isterinya hilang entah ke mana, dia tidak henti-henti memanggil nama Tuhannya. Kasih pada isterinya membuatkan dia sering ke gereja, menangis di hadapan paderi-paderi bodoh yang sekadar menyuruhnya bersabar dan terus berdoa. Tiga tahun kemudian, Profesor Graham bermusafir ke Austria dengan satu cita-cita yang besar untuk mengkaji peristiwa ‘Holocoust’ dalam perang dunia kedua di Germany. Begitu jujur dan gigih beliau membuat kajian, siang dan malam tetapi akhirnya hasil kajiannya ditolak begitu sahaja oleh pihak yang dengki. Buku-bukunya dibakar dan beliau dimalukan di dada-dada akhbar Austria, yang menuduhnya sebagai ‘anti-semitik’. Tidak cukup dengan itu, Profesor Graham akhirnya dihadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan dua tahun.


Dua tahun dia merengkok dalam penjara. Dua tahun berlalu tanpa ada sehari pun di mana beliau tidak berdoa pada Tuhan supaya melepaskan beliau dari kesusahan itu. Tidak henti-henti beliau menangis dan merayu pada Tuhan agar hasil kajian dan penemuannya bahawa ‘Holocoust’ adalah satu fakta karut diterima umum. Dia berdoa agar satu anjakan paradigma akan berlaku di kalangan masyarakat intelektual di Eropah. Dan ini semua kerana profesor Graham cintakan kebenaran ilmu dan menghormatinya. Namun, mengapa Tuhan tidak mencintai kebenaran dan tidak menghormatinya? Mengapa Tuhan tidak mendengar segala permintaannya?


Kini Profesor Graham merupakan seorang intelektual yang disegani di Universiti Oxford, Britain. Selepas dibebaskan dari penjara dengan bantuan kerajaan Britain, beliau dapat bernafas semula seperti manusia biasa. Lihatlah, yang membantunya adalah kerajaan Britain. Kerajaan yang sekular dan atheis. Namun mencintai kebenaran. Dan yang mengecewakannya adalah Tuhan. Yang kononnya pemilik segala kebenaran. Hingga kini, isterinya masih belum dijumpai. Hingga kini, Austria masih dengan undang-undang baghalnya yang menyekat sebarang percubaan menafikan peristiwa ‘holocoust’. ‘Benarlah’, bisik hati Profesor Graham. ‘Yang menentukan ialah manusia, dan usaha manusia. Kekuatan dan kudrat manusia yang tidak terbatas. Bukan Tuhan.’


Mulai detik itu, Profesor Graham banyak mengkaji tentang atheisme, humanisme, kudrat rasionalisme dan falsafah. Beliau mencipta nama dengan begitu pantas di arena ilmu. Namanya menjadi sebutan siang dan malam di Jabatan Kesusateraan Bahasa Inggeris dan Jabatan Falsafah Universiti Oxford. Dia juga telah banyak kali dijemput untuk berdebat dengan para agamawan dan cendekiawan dari merata tempat. Acapkali lawannya terdiam dan tertunduk malu tanpa jawapan. Ini membuatkan Profesor Graham bertambah yakin. Saban hari dia semakin berani dan bersemangat untuk membuktikan kebenaran falsafah hidupnya. Malah dia tidak segan silu untuk mengkritik agama-agama anutan pelajar-pelajarnya di dewan kuliah secara terbuka. Niatnya ikhlas; untuk menyampaikan kebenaran. Untuk menyedarkan jiwa-jiwa yang telah diperdaya oleh satu kebodohan dan kekarutan.


Dalam satu dimensi lain, satu persidangan tergempar telah diadakan. Di situ, sang jin, sang masa, sang bumi dan sang malaikat berkumpul. Masing-masing kagum dan hairan. Kagum dengan keberanian Profesor Graham, dan hairan dengan kefasadan hatinya. Sang malaikat berkata sedang matanya seolah-olah berkaca dan sayapnya menggeletar, ‘Telah ku catat segala perkataan dan perbuatannya. Namun hampir-hampir aku tak sanggup lagi untuk menulis. Kata-kata dan tindak-tanduknya terlalu berani. Membuatkan aku pula yang takut. Aku takut pada ar-Rahman. Pasti dia tidak tahu sakit dan ngerinya siksaan al-Jabbar.’


‘Kaumku yang sentiasa berterbangan memenuhi petala langit dan bumi semuanya hairan dan merasa pelik apabila kuceritakan kisah ini pada mereka. Kata mereka, mereka lebih kuat daripada bani Adam. Mereka bisa memerangi bani Adam pada bila-bila masa dan mengancurkan mereka kerana keingkaran mereka pada ar-Rahman. Namun kaumku tidak akan sekali-kali buat sesuatu tanpa arahan dari arasy. Aku juga pernah dimaklumkan bahawa ar-Rahman sangat menyayangi bani Adam. Sang Rasul Muhammad pernah bersabda bahawa pernah sekali, sang gunung meminta izin daripada ar-Rahman untuk menghempap bani Adam dan menghancurkan mereka, lantaran dosa dan kemaksiatan yang mereka lakukan. Namun ar-Rahman tidak mengizinkan. Ar-Rahman mengatakan bahawa Dialah pencipta bani Adam; dan jikalah sang gunung yang menciptakan mereka, pasti sang gunung akan menyayangi bani Adam. Sungguh, ar-Rahman begitu penyayang. Apakah kamu tahu bahawa sang rahmat dan sang taubat telah diciptakan sebelum bani Adam lagi?’


Sang jin mencelah, ‘Pastilah aku tahu. Kerana kaumku turut bergembira dengan adanya sang rahmat dan sang taubah. Mereka berdualah sumber kekuatan dan harapan bagi jiwa-jiwa kaumku yang lelah dan berduka setelah tersilap langkah, dan sinar kegembiraan buat jiwa-jiwa yang hampir berputus asa’.


‘Ketika kitab al-Quran diwahyukan pada Muhammad, aku bersama kaumku berebut-berebut untuk mendengar bacaannya. Jiwaku bagaikan digoncang mendengarkan kalam ar-Rahman. Lantas aku beriman. Aku tahu asal-usul kejadianku dan tak mungkin aku berpaling dari penciptaku. Dialah yang memberiku rezeki dan makanan, yang menghidupkanku dan mematikanku. Dan kepada dialah aku akan kembali.’


‘Aku kagum melihat bagaimana bani Adam begitu berani ingkar. Bani Adam setahuku punya akal yang hebat, sepertimana yang termaktub dalam kitab ar-Rahman. Namun, kulihat bani Adam kadangkala lebih jijik dan bodoh daripada binatang-binatang peliharaanku dan kaumku.’


Suasana sepi seketika. Masing-masing diam, seolah-olah menanti jawapan daripada yang lain. Masing-masing tahu hati-hati mereka dipenuhi rasa gusar dan marah.Sang bumi tunduk. Titisan-titisan jernih membasahi wajahnya. ‘Aku juga dicipta sebelum bani Adam. Aku adalah saksi penciptaan mereka. Aku dan segala apa yang berada dalam perutku tak henti-henti bertasbih dan memuja ar-Rahman. Bani Adam begitu berani dan durhaka! Mereka tidak sedar bahawa di kala mereka memaksiati ar-Rahman, rumput yang mereka pijak sedang bertasbih. Mereka begitu jahil bahawa ketika mereka sedang mengucap kata-kata dusta, meminum arak dan berzina, udara yang dihirup itu sedang bertasbih, angin yang membuatkan mereka rasa selesa sedang bertasbih, dan pepohon hijau yang melindungi mereka daripada kepanasan mentari sedang bertasbih. Mereka tidak sedar bahawa ketika mereka dengan angkuh mengatakan bahawa ar-Rahman tiada kudrat, ar-Rahman tidak wujud, tanah yang mereka pijak sedang menangis dan bertasbih pada ar-Rahman, lantaran takut dibaham sekali siksa neraka angkara kesombongan bani Adam. Pernah sekali aku melihat saudaraku sang sungai yang mengalir menangis sambil memohon keampunan pada ar-Rahman kerana ada dua bani Adam yang sedang berbicara tentang keingkaran terhadap ar-Rahman sedangkan hati mereka asyik menikmati keindahannya.’


Sang malaikat, sang jin, dan sang bumi lantas berpelukan dan menangis. Sesekali tubuh mereka menggeletar dan suara mereka tenggelam dalam suasana. Perasaan mereka bercampur-aduk. Mereka tidak tahu apakah rancangan ar-Rahman selepas ini.


Sang jin mengesat air matanya. ‘Mengapa ar-Rahman tidak kembalikan isterinya sepertimana yang dia minta? Kalau ar-Rahman penuhi permintaannya, pasti dia akan beriman.’‘Mengapa ar-Rahman tidak mengubah sahaja pemikiran bani Adam di Austria dan menghapuskan undang-undang bodoh mereka?


Mengapa ar-Rahman tidak menyelamatkan dia dari dipenjara? Bukankah ar-Rahman mampu berbuat apa sahaja? Aku bukan mempersoal kudrat ar-Rahman, tapi aku sekadar tidak sanggup mendengar tuduhan dusta bani Adam terhadap ar-Rahman. Aku takut akan tercalarnya hak ar-Rahman ke atas Bani Adam.’


Sang bumi terpegun mendengar hujah sang jin. Sang bumi tidak tahu jawapannya, namun sang bumi amat yakin pasti hikmah ar-Rahman akan diketahui jua. Cuma, masalahnya sentiasa sama. Masa. Masa yang akan menentukan. Sang bumi, sang malaikat dan sang jin tidak punya sebarang ilmu tetang sang masa. Hikmah ar-Rahman dan jawapan pada segala persoalan bani Adam biasanya tersingkap oleh sang masa.‘


Sang masa, kau asyik diam dari tadi. Pasti kau tahu sesuatu yang kami tak tahu, kerana ar-Rahman menciptakan kau istimewa dan lain daripada kami. Kau tahu dan kenal akan kami, namun ilmu kami tentangmu amat terbatas. Padamu banyak tersimpan rahsia ar-Rahman dan kau adalah jawapan kepada banyak persoalan yang bermain di minda bani Adam.’


Sang masa tersenyum. Terpancar dari raut wajahnya seribu satu kebijaksanaan dan pengetahuan yang tidak dipunyai oleh rakan-rakannya. Sang masa sentiasa kelihatan tenang. Hanya pernah sekali sahaja sang malaikat melihatnya menangis, ketika mereka berkumpul dan membicarakan tentang sang kiamat. Sang masa begitu takut, kerana mungkin di situ akhir hayatnya. Namun, selain daripada peristiwa itu, sang masa sering kelihatan tenang. Sang masa amat dihormati sang bumi, sang jin dan sang malaikat.


Sang masa menarik nafas panjang. Anak matanya merenung jauh. ‘Bani Adam pada hakikatnya, amat cetek kesabarannya. Mereka tidak tahu rahsia dan perancangan ar-Rahman, dan mereka sering terlalu cepat bersangka buruk pada ar-Rahman. Jikalah mereka tahu apa yang ada pada diriku, pasti tiada siapa antara mereka yang akan ingkar. Namun, ar-Rahman telah menetapkan bahawa bani Adam selamanya takkan dapat mengatasi kelajuan dan kekuatanku. Ar-Rahman telah menetapkan bahawa akulah yang memenjara bani Adam, dan bukan sebaliknya. Bani Adam bisa dan telah menundukkanmu, wahai sang bumi. Bani Adam juga bisa menundukkan engkau sang jin, dan makhluk-makhluk lain. Namun aku istimewa kerana akulah yang menundukkan bani Adam, dan mereka selama-lamanya tidak mampu keluar dari batasanku.’


‘Usahlah kamu semua risau. Letakkan saja keyakinanmu pada ar-Rahman. Aku tidak boleh mengungkapkan rahsia ar-Rahman kerana aku telah diamanahkan memeliharanya.’


Dengan itu sang masa beredar. Sang jin, sang malaikat dan sang bumi masing-masing terdiam. Terpegun dengan kalam sang masa. Persidangan dimensi itu lalu terhenti. Sang jin secara diam-diam memohon ampun pada ar-Rahman atas kata-katanya. Ar-Rahman lantas mengampuninya. Meskipun sang jin tidak mengetahui, sekali lagi, sang masa telah mendahuluinya.


Profesor Graham menutup pintu di belakangnya sambil menghembus nafas panjang. Poket seluarnya diseluk lalu dicapai sapu tangan untuk mengelap keringat di dahi. Satu lagi hari yang memenatkan berakhir. Profesor Graham duduk termenung di atas sofa ruang tamunya, sambil jemarinya memicit ‘remote control’. Skrin TV berubah-ubah mengikut rentak jemarinya, namun tiada satu pun yang menangkap anak matanya. Fikirannya begitu jauh dari jasadnya. Entah kenapa, hatinya marah hari itu. Rasa benci dan geram pada Tuhan meluap-luap kembali. Mungkin kerana peristiwa pagi tadi. Mungkin kerana dia dimalukan di hadapan ratusan pelajar di dewan kuliah ketika sedang bersyarah. Mungkin kerana dia gagal untuk mematahkan hujah pelajar pintarnya, Natasha di hadapan mata-mata yang selama ini memandang tinggi padanya. Mungkin hanya kerana dia teringat akan isterinya yang hingga kini masih belum ditemui. Mungkin kerana baru-baru ini seorang lagi profesor dipenjara di Austria kerana menyokong teori kajiannya. Mungkin sahaja kerana itu dan ini. Profesor Graham buntu.Terlalu banyak kemungkinan. Kepenatan, badannya direbahkan ke atas katil yang empuk dan tiba-tiba sahaja air matanya tak tertahan lagi. Profesor Graham cuba melawan deraian butir-butir jernih dari matanya, namun ia terlalu deras. Bagaikan anak kecil yang kehilangan ibu, dia mula menangis teresak-esak. Pada mulanya perlahan, namun lama kelamaan tangisannya semakin kuat.


Di tengah kepekatan malam di bandar Oxford, tiada bani Adam yang mendengar tangisan itu. Masing-masing sibuk berkejar ke sana-sini. Ada yang mencari rezeki, ada yang mabuk setelah menelan bergelas-gelas arak, ada yang sedang duduk bersahaja dengan rakan-rakan sambil menghembus asap rokok, ada yang sedang termenung memikirkan hutang, dan ada yang duduk berteleku menginsafi kebesaran ar-Rahman di hadapan keindahan alam yang terbentang luas di depan mata. Pendek kata, semua tenggelam dalam dunia dan urusan sendiri. Semua merasakan urusan merekalah yang paling besar dan mustahak, dalam dimensi dunia yang hakikatnya terlalu kecil.


Profesor Graham lemas dalam air mata. Hatinya pedih, jiwanya keliru. Sang lawwamah dalam jiwanya acapkali membisikkan kata-kata kebenaran dan mengajaknya kembali pada kemurnian hatinya yang dulu, ketika dia menyembah Tuhan. Jauh di sudut hati, Profesor Graham tahu ada persoalan yang tidak terjawab dan ada kesombongan yang tidak mengenal erti batasan. Namun, sang hawa dan sang iblis juga di situ, menggerakkan segala bala tentera yang ada, demi menguasai hatinya. Saban hari sanubarinya menderita dalam krisis dan dilema yang berpanjangan. Ilmu duniawi dan egonya mengatakan tidak kepada sang pencipta, sedangkan hatinya meronta-ronta untuk beriman. Hatinya ingin sekali dicintai. Dirinya ingin sekali dilindungi, dibelai dan dijauhkan daripada segala ketakutan dan ketidakpastian yang melata. Jiwanya amat perlu kepada satu pergantungan. Pergantungan yang kuat dan bisa menidakkan segala kekejaman dunia dan kehidupan.


Dua tahun berlalu dan sang masa lah yang lebih mengetahui perkiraan sebenar. Jasad Profesor Graham kini telah ditelan bumi. Sang Jin, sang bumi dan sang malaikat masing-masing terkejut dengan kematiannya secara tiba-tiba. Kata sang bumi, dia mati kerana serangan jantung. Sang malaikat asyik menangis memikirkan nasibnya di hari perhitungan. Sang jin pula sering diam, barangkali risau akan ajalnya. Hanya sang masa yang kelihatan tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Apabila ditanya, sang masa asyik menolak untuk memberi jawapan. Katanya, dia telah diamanahkan ar-Rahman untuk memelihara rahsia bumi.


Sepuluh tahun berlalu dan begitu banyak perubahan berlaku pada bani Adam yang menghuni sang bumi, serta tamadun mereka. Sang bumi, sang jin dan sang malaikat sendiri kagum melihat kemajuan dan kebijaksanaan bani Adam. Bangunan-bangunan pencakar langit, satelit, alat-alat komunikasi dan media, vaksin pencegah penyakit, ubat-ubatan moden, kenderaan yang menerobosi langit, air dan perut bumi, serta sistem perundangan baru yang dibina bani Adam sememangnya tiada tolok bandingnya.


Dalam keasyikan mereka memerhati kehebatan bani Adam di bumi, sang malaikat dan sang jin tidak sedar akan satu perubahan yang telah berlaku di Austria. Masyarakat di Austria bukan lagi seperti dulu. Mereka kini telah menolak ‘holocoust’. Para cendekiawan dan ahli parlimen telah pun sebulat suara memutuskan untuk membatalkan undang-undang bodoh mereka yang satu ketika dahulu menjadi kebanggaan semua. Pada hari diputuskan undang-undang tersebut, masyarakat cerdik pandai di seluruh Eropah bertepuk tangan. Ahli bijak pandai, profesor-profesor dan para sejarawan turun ke jalan-jalan mengibarkan bendera kemenangan. Ratusan ahli intelek dibebas dari penjara. Dua hari selepas itu, beberapa negara Eropah yang lain mengikut jejak langkah Austria. Kini hampir-hampir tiada lagi negara di dunia yang mewajibkan kepercayaan terhadap holocaust dan menghukum penolakannya sebagai ‘anti-semitik’.


Sungguh, apa yang diidam-idamkan profesor Graham telah menjadi kenyataan. Namun dia tidak sempat untuk menyaksikan semua itu. Sang jin dan sang malaikat menyaksikan. Sang bumi juga menyaksikan. Dan sang masa telah lama mendahului.


Satu pergerakan untuk kembali pada agama dan ketuhanan turut merebak dengan pantas ke seluruh pelusuk dunia. Para ulama Islam, paderi-paderi Kristian dan rabbi-rabbi Yahudi telah bersatu untuk mengembalikan ‘Tuhan’ kepada perhatian dan kehidupan bani Adam. Perdebatan demi perdebatan berlaku antara para agamawan dan ahli-ahli atheis di dewan-dewan universiti, pentas-pentas seminar, kaca-kaca TV dan corong-corong radio. Para cendekiawan dan saintis tidak ketinggalan untuk memerah tenaga mereka, demi membuktikan kewujudan dan kehebatan ar-Rahman melalui ilmu sains dan kehebatan cakerawala. Dari sejarah dan undang-undang hinggalah ke ilmu embriologi dan teori Big Bang, akhirnya ahli-ahli atheis kehilangan hujah. Para agamawan diisytihar pemenang dan berbondong-bondong bani Adam yang menyaksikan lantas beriman pada ar-Rahman.


Iblis dan bala tentera menangis pada hari itu. Peperangan ini belum berakhir, katanya. ‘Selagi hari perhitungan belum tiba, kita belum bisa putus asa.’


‘Sungguh aku kagum bagaimana bani Adam boleh beriman pula dengan ar-Rahman, meskipun belum semua yang mengimani Muhammad. Dulu mereka kelihatan begitu durhaka.’ Kata sang malaikat.


‘Bukankah ar-Rahman mampu berbuat apa sahaja?’ celah sang jin. Dan ar-Rahman juga pernah berkata dalam kitab al-Quran bahawa Dia akan menunjukkan pada bani Adam segala tanda-tanda kekuasaanNya yang jelas, sehingga bani Adam tiada alas an lagi untuk menolakNya.’


‘Tapi aku risau akan perancangan dan tipu helah sang iblis,’ kata sang bumi. Sebagaimana dia pernah menyesatkan bani Adam dahulu, pasti mereka bisa mengulangi sejarah itu lagi.’


Sang masa menjawab dengan tenang, ‘ Usahlah kau risau akan sang iblis dan tenteranya. Ar-Rahman telah menetapkan bahawa dirimu adalah daerah pertembungan hak dan batil hingga tibanya hari perhitungan. Peperangan antara kebenaran dan kebatilan akan sentiasa berterusan, hinggalah nyawaku diambil. Letakkan saja keyakinanmu pada kebijaksanaan ar-Rahman. Bukankah ar-Rahman ada berkata dalam kitabNya bahawa tipu daya dan helah syaitan itu sesungguhnya amat lemah?’


Demikianlah sang jin, sang malaikat dan sang bumi berbicara menurut ilmu dan kefahaman masing-masing yang terbatas. Mereka menjadi saksi pada perubahan bani Adam, yang malangnya, tidak dapat disaksikan oleh profesor Graham. Namun sekali lagi, sang masa telah mendahului mereka.


Beberapa ratus tahun berlalu, atau mungkin beribu, mengikut perkiraan sang jin, sang bumi dan sang malaikat. Tiada antara mereka yang pasti. Sang masalah yang lebih tahu perkiraannya. Seperti janji ar-Rahman, nyawa sang bumi sampai ke penghujungnya. Hari kiamat, saat yang mengerikan seperti yang termaktub dalam kitab al-Quran telah berlaku. Sang malaikat terpinga-pinga dan terkasima sendirian. Seluruh tubuh badannya menggeletar menyaksikan kedahsyatan kudrat ar-Rahman. Sang malaikat melihat sendiri bagaimana sang bumi hancur bersepai, bagaimana sang jin dan seluruh kaum kerabatnya menemui ajal, bagaimana bani Adam yang durhaka hancur dek bergoncangnya sang bumi, dan bagaimana sang masa lenyap begitu sahaja. Sang malaikat bagaikan tidak percaya. Dalam sekelip mata, sahabatnya sang jin, sang bumi dan sang masa telah tiada. Semua telah kembali ke tangan ar-Rahman yang satu ketika dahulu menciptakan mereka daripada kekosongan.


Hari perhitungan tiba dan seperti kalam ar-Rahman dalam kitabNya, Dia menghitung bani Adam dan sang jin seluruhnya dengan pantas. Sang malaikat hanya mampu menjadi saksi pada segala yang terjadi. Sang malaikat menyaksikan sang jin di saat perhitungannya. Sang malaikat melihat bani Adam berterbangan ke syurga Firdausi dengan riang gembira. Sang malaikat melihat ar-Rahman memberi pengampunanNya yang tidak terbatas kepada bani Adam dan sang jin, meskipun sang malaikat dan sang bumi maklum akan kemaksiatan mereka. Meskipun sang malaikat tahu mereka dahulunya meragui kasih-sayang dan keampunan ar-Rahman. Sungguh, sang malaikat menjadi saksi kepada kehebatan dan kemuliaan ar-Rahman.


Di kala sang malaikat duduk berteleku dan bertasbih pada ar-Rahman, tiba-tiba ia terlihat akan satu kelibat bani Adam nun di perut Firdausi. ‘Profesor Graham!’ jerit hatinya. Sang malaikat dapat melihat dengan jelas wajah bani Adam itu, penuh dengan keriangan, penuh dengan ketenangan. Di sampingnya ada sang hawa yang terlalu indah paras rupanya. Mereka sedang bergelak ketawa sambil berehat-rehat dalam kenikmatan yang belum pernah dilihat sang malaikat di muka bumi. ‘Itulah isterinya. Ingatkah engkau bahawa dulu dia kehilangan isterinya? Ar-Rahman telah mengembalikannya pada Graham, meskipun di suatu waktu Graham telah durhaka,’ satu suara datang entah dari mana. Sang malaikat menoleh. ‘Sang jin!’ Sang malaikat tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. ‘Dari mana kau muncul? Apa yang telah berlaku padamu? Bagaimana hisabmu?’ Bertubi-tubi soalan daripada sang malaikat.


Sang jin kelihatan tenang dan riang. Di wajahnya terpancar seribu cahaya dan kenikmatan. ‘Sungguh, amat beruntung diriku kerana dahulu aku beriman pada kitab al-Quran dan Muhammad. Kerana itu aku telah selamat daripada sang jahannam. Dosa dan kesilapanku semuanya telah ar-Rahman ampuni. Dan kini tempatku ialah firdaus. Alangkah mulia diriku kerana diterima sebagai tetamu ar-Rahman di Firdausi. Daerah yang penuh dengan kenikmatan dan kesenangan yang kekal abadi.’


Sang malaikat tersenyum. ‘Kekal abadi? Sang masa pasti tidak dapat memahami istilah itu. Sungguh, biarpun sang masa amat hebat dan banyak mendahului kita dalam pelbagai rahsia, kudrat ar-Rahman jauh mengatasinya.’


‘Oh ya, bagaimana dengan profesor Graham? Bagaimana dia bisa mencapai darjat setinggi itu, dan mengapa pula ar-Rahman mengampuninya?’ Tanya sang malaikat kehairanan.Sang jin ketawa. ‘Usah kau tanya mengapa ar-Rahman mengampuni bani Adam. Lupakah engkau bahawa sang rahmat telah diciptakan jauh mendahului segala yang ada dalam pengetahuan kita? Rahmat ar-Rahman tiada batasan dan seperti yang termaktub dalam kitab al-Quran, rahmatNya amat luas dan meliputi segala sesuatu.’‘Adakah Graham bertaubat dan kembali pada Islam sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir?’ Sang malaikat masih belum berpuas hati.


Sang jin ketawa lagi. ‘Itu bukan dalam urusanku, dan bukan jua urusanmu. Jika sang masa masih hidup, tentu saja dia boleh memberi jawapan. Tapi menurut perkiraanku yang terbatas ini, ar-Rahman telah membuka hatinya dan memberi hidayah pada jiwanya sebelum rohnya keluar dari jasad. Sungguh, ar-Rahman begitu mulia. Siapa sangka, bani Adam yang begitu sombong dan durhaka akan cair hatinya di kala kasih ar-Rahman menjelma?’


Sang malaikat tidak dapat menahan sebak. Butir-butir jernih lantas mengalir laju. ‘Wahai sang jin, aku ingin menyambung tasbihku pada ar-Rahman. Pergilah engkau ke daerah Firdausi dan bergembiralah. Aku mendengar bahawa di sana terdapat kebun-kebun buah yang indah dan sungai-sungai arak yang lazat. Namun kelazatan jiwaku hanyalah pada tasbih dan sujudku di hadapan ar-Rahman.’


‘Assalamualaikum,’ Sang jin lalu berpaling dan meninggalkan sang malaikat sendirian. Sang malaikat tunduk menyambung tasbih. Hatinya seolah-olah berderai dalam cinta, khusyuk dan kekaguman pada ar-Rahman. Dari sudut matanya, kelihatan profesor Graham dalam pakaian sutera sedang bergelak ketawa bersama isterinya di perkarangan sebuah istana. Belum pernah sang malaikat melihat singgahsana seindah itu di muka bumi.


‘Maha suci ar-Rahman’, bisik hatinya. ‘Jikalah engkau tahu akan kesudahan nasibmu begini, pasti engkau sekali-kali tidak akan ingkar pada ar-Rahman. Pasti kau takkan bersangka padaNya dengan bermacam-macam sangkaan. Pasti kau hanya akan menangis sepanjang hidupmu lantaran kasih dan kemurahan ar-Rahman,’ katanya lagi, perlahan. Sang malaikat telah menjadi saksi kepada segala janji, kasih-sayang dan kemuliaan ar-Rahman. Begitu juga dengan sang jin. Malangnya, sang bumi dan sang masa tidak dapat menjadi saksi pada peristiwa hebat ini. Buat pertama kalinya, sang malaikat mendahului sang masa. Dan buat pertama kalinya, dua dimensi itu melihat satu titik pertemuan, meskipun masih terlalu banyak rahsia yang belum tersingkap. Kecuali oleh ar-Rahman.


Oleh: Dr Raudah Yunus
A

Kembara lagi

Dalam buku silibus BADAR SHAMS,mukasurat 20,ada tulisan yang berbunyi :


Sekiranya pendedahan itu tidak mendatangkan sebarang faedah dan kepentingan kepada orang ramai,bahkan memburukkan nama orang yang terlibat,maka keburukan dan kejahatan itu tidak boleh disebarkan.

Sidang penulis yang saya sanjungi.

Kebebasan Bersuara.
Kebebasan menyuarakan Pendapat.
Kebebasan Mengkritik.
Kebebasan Menyanjung.
Kebebasan Membuat Pilihan.

Semua itu kurniaan Allah.
Jangan salah guna.

"Aku yang baik,Koreksi yang buruk"

1 Ummah

Bismillahi Subhanallah.
Dengan kalimah-Nya,saya memulakan entri ini.
Moga diberkati.

Entri ini hanya-lah pendapat.
Sudah namanya pendapat,pastinya boleh jadi betul,boleh jadi salah.
Apa yang baik,kita akui bersama,yang buruk di koreksikan bersama.
InsyaAllah.

[Bismillah!Terus Jalan!]

Hampir sebulan saya di bumi Anbiya' ini.
Sungguh!Allah Maha Berkuasa.
Menciptakan alam dengan pelbagai bentuk muka.
Menjadikan manusia dengan pelbagai rupa.
Dan mereka-cipta sistem badan manusia yang mampu mengharungi dugaan dalam pelbagai cara.

Maha suci Allah yang telah menjadikan umat Islam ini bersaudara.
Tanpa mengira daerah,rupa mahupun bangsa.
Atas dasar AQIDAH,kita bersaudara.
Atas pasak La Ilaha Illah,kita bersama.
Atas tujuan yang sama,kita bersatu tenaga.

Allah,Allah,Allah.
Berkali2 saya memuji Allah atas aturan dan ketetapan ini.
Namun,berkali2 juga saya kesal dengan diri yang kadang2 gagal mengikut ketetapan itu.

Ada manusia yang tidak saya ramahi.
Ada Muslim yang tidak saya kenali.
Ada Mukmin yang tidak saya salami.
Malah,kadangkala saling memusuhi.
Sedangkan Allah dan RasulNya telah banyak mengingati.

Orang Islam itu bersaudara sesama oran
g Islam yang lain.Dia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya pada kebinasaan.Siapa yang menolong hajat saudaranya,Allah akan menolong hajatnya,siapa yang melepaskan kedukaan seorang Islam,Allah akan melepaskannya daripada kedukaan pada hari kiamat.Siapa yang menutup aib seseorang Islam,Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat.

(Riwayat Bukhari,Muslim dan Abu Daud)

Saya gemar memerhatikan manusia2 di sini.Seronok sekali melihat keakraban antara mereka.
Jika di negara saya,pasti,tanpa sebarang keraguan,akan dilabel gay atau homosexual.
Jika di Malaysia,lelaki dan perempuan berpegangan tangan,bermesra adalah biasa.
Tapi disini,lelaki dan lelaki berpegangan tangan dan bermesra,itu biasa!

Jika di negara Malaysia,"pusat2 Islam" terdedah di mana2,terutamanya di pusat bandar.
Di sini,pusat2 Islam yang sebenar,berpusat di setiap inci kawasan.

Sambil duduk,mereka mengaji.
Sambil berdiri,mereka mengaji.
Menunggu bas,train atau kereta,mereka mengaji.
Menanti pelanggan,mereka duduk dan mengaji.

Sungguh!Jauh berbeza dari Malaysia.
Sungguh!Ini-lah suasana yang saya idam2kan untuk dibawa ke Malaysia.
Boleh jadi setiap rakyat Malaysia di sini,mengidamkan begitu.
Terutamanya,mereka yang punya Pemahaman yang sebenar tentang Islam.


Mereka ini berusaha untuk mendidik rakan2 mereka mendekati Islam yang syumul.
Dengan pelbagai cara yang tersendiri.
Ada yang tegas,ada yang lemah lembut,ada yang cuba mengikut trend mereka2 yang biasa,yang
tidak melanggar syara'
Alhamdulillah.



Innalillah.
Apabila adanya segelintir golongan yang seakan-akan menafikan hak seseorang yang lain untuk mengajak rakan mereka mendekati Islam,dengan cara yang berbeza darinya.
Sedih saya mengetahuinya.
Sebak!
Saya tidak arif hal ini.
Tapi,logiknya,pasti seseorang yang lain itu ada hujahnya yang tersendiri untuk dia tidak mengikut cara dia.Dan dia juga pastinya ada hujah untuk tidak mengikut cara seseorang yang lain itu.

Aqidah mereka sama.
Tujuan mereka sama.
Caranya berbeza mengikut pendapat2 ulama masing2.
Itu sahaja!

Analoginya begini.

Saya mahu menyihatkan badan (bersenam) dengan berjogging.
Kawan saya,Fisol juga mahu menyihatkan badan (bersenam) dengan bermain bola.
Apakah wajar untuk saya memarahi dia kerana bersenam cara lain daripada saya?
Atau wajarkah pula untuk dia menghalang saya dari berjogging kerana beranggapan bermain bola itu lebih menyihatkan badan dan mempunyai pelbagai aspek pergerakan yang tiada di dalam senaman jogging?

Allah kurniakan manusia dengan akal fikiran.
Setiap akal ini berfungsi dan berfikir dengan cara yang berbeza.
Memahami sesuatu dengan kaedah yang berlainan.
Tapi,berpandukan sumber yang sama,usul yang sama; Al-Quran dan As-Sunnah.

Selalu saya ulang ayat ini :
Khilaf itu adalah Rahmah,Perpecahan itu adalah dicela

Sedih2!
Berbaik-lah.Tiada siapa yang akan rugi apa2.
Berlapang dada-lah,sesungguhnya mereka di luar yang kebingungan sudah sesak dada melihat pertelingkahan ini.
Sampai bila?

Entah bagaimana perasaan Rasulullah ketika melihat situasi ini.
Allah Maha Mengetahui akan perjalanan hambaNya.
Ada sesuatu yang mahu diuji dan diberitahu sebelum menempuh sesuatu yang jauh lebih menguji.

Buat sahabat2 saya,teruskan perjuangan kalian.
Thabat itu adalah sesuatu yang mahal,sangat bernilai.
Ujian ini hanya-lah untuk menguji keteguhan dalam jalan ini.
Bersabar dan terus bersabar.
Seperti yang kalian sering tuturkan,jadilah seperti pokok yang berbuah.
Walau disakiti dan dicerca,tetap memberikan manisan pada mereka.

Saya ulang,ini pendapat.Bebas dikritik oleh sesiapa.
Sebaik2 kritikan adalah dengan cara yang berhikmah.

BradSid in Islam
22 Syawwal 1430H
4.59 pagi waktu Malaysia
10.59 malam waktu Mesir



kami musafir



Alhamdulillah..Subhanallah

brad sid mengembara..
kembara yang lebih lama...
8 jam yang pertama yang penuh debaran.
7 jam transit yang sangat membosankan.
2 jam perjalanan berikutnya yang penuh dugaan.

Akhirnya,6 tahun kehidupan di bumi anbiya' yang penuh cabaran.
Allah,thabbit qulubi 'ala deenik wa 'ala ta'atik.

*******
Saya tiba di KLIA agak lewat,di saat rakan2 sudah pun menyerahkan pasport pada pegawai yang bertugas.Lebih kurang jam 11 malam.
Biasa-lah..hehe.
Tiada apa yang menarik yang dapat saya ceritakan tentang peristiwa di KLIA melainkan rakan2 membawa pelbagai cenderahati yang memberatkan beg saya..saya hanya bergurau.
Tapi,saya tetap bersyukur kerana punya sahabat2 yang baik seperti mereka.
Uhibbukum fillah.

Banyak sebenarnya yang mahu saya ceritakan tentang sepanjang perjalanan menuju ke Cairo.
Tapi,cukup-lah pada post kali ini,saya mengkhabarkan yang saya dan seluruh housemate saya sehat,Alhamdulilah.

Raya pertama hari ini,meskipun tidak begitu meriah,masih juga terasa yang kami sedang menyambut 'Eidul Fitr.
Dengan lemang dan ketupat instant,kami dapat-lah juga merasa.Rendang?instant juga!
Malam sebelum raya,kami kumpulkan kuih muih yang kami bawa.Cukup banyak!
Lihat sahaja-lah gambar di bawah.


using my EOS 1000D

Doakan kami berjaya menempuh hidup di sini.
Doakan kami thabat dalam menuntut ilmu.
Perubatan dan Fikrah Islamiyyah.


Hari ini,tergerak hati mahu bukak komputer.
Tiba2,ada wireless,free.Sedangkan selama ini,jenuh kami mencari sumber internet.
Benar-lah!Jika Allah mahu,nescaya seluruh wireless di muka bumi ini akan dapat saya connect.
Allah Maha Berkuasa,Maha Adil.Syukran,ya Allah.
Dapat-lah kiranya saya update blog ini walaupun terpaksa berdiri di beranda berjam2..

Salam Ramadhan 1430H

Terlalu lama meninggalkan ruangan ini,tidak bagus juga.

Tapi,apakan daya.
Akal memang mahu menulis,idea sudah mencurah2,tapi jari jemari ini entah kenapa gagal diatur untuk menaip bait2 bicara fikiran yang sudah lama membeku.
Malah,hingga kini,belum juga mampu.

Tulisan ini,sekadar berkongsi.
Tentang Ramadhan yang telah berlalu lebih kurang 5 hari.
Saya merujuknya di sini.

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”.

Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama:
“Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran…”. Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat.


Puasa di Bulan Ramadhan Adalah Salah Satu Rukun Islam

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu." (Riwayat Bukhari & Muslim)


Maksud Puasa Ramadhan

Puasa dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضان berasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat". Ini kerana letaknya bulan Ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan Ramadhan ialah;
menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.


Bersahur Itu Berkat

Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya):
“Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya:
“Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya:
“Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.


Adab-adab Berbuka Puasa

1. Diriwayatkan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakiem)

2. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih." (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)

3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar, adalah Nabi s.a.w. selesai berbuka beliau berdo’a (ertinya):
"Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah." (Riwayat Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)

4. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Ramadhan

1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Baginda s.a.w. al-Quran dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (H.R.: Al-Bukhari)

2. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda:
"Barangsiapa yang shalat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu." (H.R.: Jama’ah)

3. Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isterinya (agar beribadah) dengan mengetatkan ikatan sarungnya (tidak mengauli isterinya). (H.R.: Al-Bukhari dan Muslim)

4. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata: Adalah Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R.: Muslim)

5. Diriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdul Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah r.a.: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah s.a.w. di bulan Ramadhan? Maka ia menjawab: Rasulullah s.a.w. tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka’at baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya, caranya: beliau shalat empat raka’at, jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka’at, jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka’at. (H.R.: Al-Bukhari, Muslim dan lainnya)

6. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka’at yang ringan, kemudian shalat lapan raka’at, kemudian shalat witir. (H.R.: Muslim)

7. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah saw menjawab:
"Shalat malam itu dua raka’at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka’at." (H.R.: Jama’ah)

8. Dari Ubay bin Ka’ab ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. shalat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal A’la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah)

9. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahawa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Saya pun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia (lailatul qadar) pada malam-malam ganjil." (H.R.: Muslim)

10. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda:
"Bacalah (ertinya) Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku." (H.R.: At-Tirmidzi dan Ahmad)


Antara Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan

1. Diturunkan kitab Al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur

2. Berlaku peperangan Badar al-Kubra

3. Pembukaan Kota Mekah

4. Perjalanan Nabi Muhamamad dan Muslimin ke Tabuk melawan Rom

5. Islam sampai ke Yaman

6. Khalid Al Walid meruntuhkan berhala al-Uzza

7. Penyerahan diri (masuk Islam) penduduk Taif kepada Rasulullah

8. Pembukan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq bin Ziyad

9. Tentera Islam pimpinan Sultan Qutuz mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut

Buat semua rakan.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

*Syed Anas al-Habshi

Hamba & Abdi

MidSem baru sahaja selesai.Syukur,Alhamdulillah.

Zaman kini,ramai yang mengaku "saya hamba Allah". kadang-kadang, mereka cakap tak tahu maksud.Jadi saya tolong mereka mentafsirkan ayat ini.

hamba I 1. abdi, budak belian,sahaya ; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain;

abdi I Orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan: ~ negara

Hamba ini adalah org yang bekerja dan tak layak untuk mendapat balasan. Berbeza dengan orang gaji. Mereka bekerja dan mendapat gaji hasil daripada kerja2 dan usaha2 mereka seperti pegawai kerajaan

SayaHambaAllah

Saya terbaca petikan di atas ini dari blog sahabat saya.

Dulu,semasa saya muda2 mentah,di peringkat sekolah,fenomena ini (tentang pengakuan saya hamba Allah,dari petikan di atas) telah pun berlaku.Kemudian,saya duduk bersama golongan agamawan,fenomena ini juga yang berlaku.Kemudian,saya menetap sementara di sebuah pusat asasi di Selangor,fenomena yang sama juga berlaku.Apa yang saya lihat,perhatikan dan fahami,tika menjelangnya sesuatu yang sangat memerlukan pertolongan-Nya,baru-lah mereka bersungguh melakukan suruhan-Nya.

Paling ketara ketika musim peperiksaan mula tiba atau dalam bahasa penjajah,just around the corner,surau2 dan masjid mula penuh tak cukup tingkat,ahli Qiamullail pun meningkat,bacaan mushaf mulia-al-Quraan semakin hangat,dan kadar masa berdoa pun diperhebat!

Malang skali,selepas berlalunya peperiksaan,lebih2 lagi apabila keputusan peperiksaan sudah keluar,semua amalan 'hebat' tadi lesap.Surau dan masjid kembali berkurangan ahli,malam makin sunyi,alunan merdu bacaan al-Quraan makin sepi.

Jadi.saya terfikir.Layaknya mereka mengatakan
"saya orang gaji Allah",bukan "saya hamba Allah".Sama seperti buruh bergaji.Siap bangunan,gaji masuk, berhenti bekerja.

Jika belajar dan ibadah hanya untuk peperiksaan,tamat peperiksaan,dapat mumtaz atau
pointer 4.0,berhenti belajar,berhenti ibadah.

Alangkah ruginya kita.
"apa2 yang kerana Allah berkekalan dan bersambung,
apa2 yang selain Allah akan terputus dan terhenti"


Peringatan khusus buat diri sendiri.

Wallahu'alam.

Hebahan-Bersamamu Palestin

Photobucket

Anjuran bersama
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Ikatan Muslimin Malaysia (Seremban)
Aman Palestin Berhad

*Ayuh!

PEMBINA

Isu Terpilih

Entah berapa ramai lagikah yang perlu menderita menanti tindakan dari kita?
Anda mampu mengubahnya..

Anti-ISA

Rasional atau Emosional?

Media Terpilih

Youtube Islam.

featured-content

Hmm..Nantikan.